Baru jala sikit abah duk suruh amik wheelchair. Katanya tak lalu. Lepas tolak dia masuk untunk jumpa doc, dia kena baring atas katil mcm biasa. Masa ni nafas dia mcm mengah. Kejap nak duduk, kejap nak baring. Serba tak kena sampai doktor tak jd cuci luka kat kaki terus check sugar level. 12. Tinggi. Tak terlalu tinggi. Tak rendah. Doktor cuba nak amik tekanan darah dan denyutan nadi abah. Sampai tukar mesin tu 4 kali. Masa tu abah nampak mengah, lemah dan macam hampir hampir nak tertidur gayanya. Doktor terus suruh tuan tanah bawa abah ke wad emergency. Oleh kerana tenaga kudrat yang ada sangat terhad, seorang lg doktor syorkan pihak klinik menelefon ambulance untuk bawa abah ke hospital. Masa tu rasa nak pecah dada ni. Mengharungi seorang diri. Nak menangis? Depan abah? takkan. Kalo kita tak kuat, macam mana abah yang lemah ni nak kuat.
Bila doktor dan pekerja sana dapat pegang abah kejap, tuan tanah call abang. Tahan air mata. Beritahu yang ambulance dah on the way amik abah. Masa tu duk kenang, kami sepatutnya nak g makan satu kuarga lepas abah cuci kaki. 5min lepas tu ambulance datang. Amy pun datang bersama kak yany dan mak. Nampak je mereka, air mata tuan tanah dah takleh bendung. Duk pk apa kena dengan abah, apa mak rasa, kenapa doktor kata "hes not looking good. Awak kena janji dgn saya yang awk kena bawa abah awak ke hospital"
Sampai je di emergency room abah dikejarkan ke zon merah. Zon kritikal. Kami satu kuarga tunggu. Hati? Bukan takat dup dap lagi. Dah macam baru lepas lari 40k meter kot. Datang org memanggil nama abah. Disuruh tuan tanah masuk. Nampak abah lemah. Wayar sana sini. Tepi leher abah dah kena tebuk untuk masukkan tiub. Abah pandang je kat tuan tanah tapi lemah. Doktor tanya tentang abah serba sedikit. Terus suruh tunggu diluar semula. 10min lepas tu nurse minta daftarkan wad abah. Sementara tuan tanah settle kan hal pendaftaran, doktor dah beritahu amy tentang keadaan abah. Katanya kandungan garam dalam badan abah sangat tinggi due to kidney failure dan heart problem. Tu sebab badan abah macam bengkak dan susah bernafas. Abah hanya ada peluang 50-50 je. Doc juga beri abah sedatif sebab duk cuba melawan masa treatment dibuat. Masa amy cakap ni. Ya Allah, hati ni hancur sangat. Menangis. Sedu sedan duk tengok mak dalam bilik menunggu. Mujur ada kawan kawan yang tak putus bagi kata kata semangat. Doktor juga datang inform dah boleh call saudara mara adik beradik abah, lagi la kami sekeluarga sedih. Dah takde rasa malu dah nak menangis d tengah orang ramai. Hati mana tak sebak bila doktor kata abah sendiri cuma ada peluang 50-50 chance je. Mak dah suruh call semua adik beradik abah. Sedu sedan call. Sedu sedan jugak call kawan kawan mengharapkan kata kata semangat.
Selepas beberapa jam doc panggil kata abah lebih stabil dari condition sebelum ni. Jadi abah akan dibawa naik ke wad. Alhamdulillah. Lega rasa dihati. Bila naik atas abah masih dalam keadaan mamai sikit. Dia kata dia nak buang air. Nak pergi toilet tapi nurse tak beri dia jejak lantai pun. Kami adik badik dibantu 2 org sepupu tolong papah abah sbb katanya susah nak buang air baring. Berat badan abah. Mmg lemah. Malam tu amy jaga. Tapi doktor wad tetap suruh kami sign borang mengatakan kami paham situasi abah yang critical dan bila bila masa je bole jadi pape. Sedih jangan cerita. Duk buat kuat demi mak. Walaupun setiap kali sebelum tidur nangis kenangkan abah. Tuan tanah hanya mahu yang terbaik untuk beliau. Mengharapkan abah akan melawan penyakit yang ada selagi terdaya. Tapi sayu duk tengok abah penuh dgn wayar. Lemah. Kesian abah. Tambahan pula doktor kata kuman dah merebak ke dalam darah abah. Jadi mereka tak tahu sejauh mana kuman dah masuk. Mereka hanya bole beri antibiotik sahaja kerana masalah buah pinggang abah.
Tapi alhamdulillah ketika entry ni dibuat abah tak perlu bantuan oksigen lagi. Kandungan sel darah merah juga mencukupi setelah 2 beg darah dimasukkan ke dalam badan, tiada lagi bantuan ubat untuk menaikkan tekanan darah abah yang rendah tu. yang tinggal hanya ubat melawaskan kencing untuk mengeluarkan air air yang berlebihan dalam badan abah. Syukur ke hadrat Allah swt. Doa tuan tanah dimakbulkan Allah. Mungkin Allah tengah menguji kami sekeluarga. Mungkin Allah sedang memberi tuan tanah peluang berbakti kepada ibu dan bapa tuan tanah. Alhamdulillah Ya Allah atas peluang yang diberikan. Insya Allah akan diguna sebaik mungkin.
Di sini juga ingin sekali tuan tanah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah tuan tanah, semua kata kata semangat, semua jasa baik anda semua yang telah melapangkan masa melawat abah dan sekaligus mententeramkan hati tuan tanah. Segala jasa baik anda semua tak dapat tuan tanah balas. Hanya kesetiaan dalam bersahabat saja yang boleh tuan tanah berikan. Sungguh ini antara episod paling sedih dalam hidup tuan tanah. Takut rasanya. Kehilangan orang yang tersayang. Duit boleh cari, tapi mak ayah ni ada satu je dalam dunia. Memang tak ada orang lain yang layak menggantikan tempat mereka. Berdoalah tuan tanah ke atas kesejahteraan ibu bapa tuan tanah, diberi kesihatan yang baik dan Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa tuan tanah. Amin Ya Rabbal Aalamin.